Aku kembali
Salam untuk semua,
Lama betul aku tak menulis atau mengupdate blog ni. Terasa kekok (bukan Teresa Kok) giler bila aku nak start menaip. Yelah, kalau di check balik my last post di P.U.D.U.R.A.Y.A ni, ianya bertarikh 05 Februari 2006. Tu pun adalah artikel yang aku salin & tampal dari The Star Online. Hari ni sudah masuk 05 Januari 2009. (Baru jer kita semua sambut tahun baru erk). Bermakna blog ni dah ketinggalan 2 tahun lebih tak dikemaskinikan. Kalau rumah tinggal, tentu dah bersawang, berhabuk, dah banyak sarang labah-labah dan mungkin berpenunggu dah agaknya. Kalau budaklah dah masuk umur dua tahun, mesti agaknya dah pandai berblog or ber'Friendster bagai.
Pada mulanya aku memang takda idea nak tulis apa or mungkin dah terlalu banyak sangat nak aku tuliskan. But on this early Monday morning... aku try jugak to login balik my account Blogger, select Create dan terus menaip tanpa hala tuju. Dalam erti kata lain aku dah start merapu balik. I'm baaacckkkkk!
Tapi mesti korang tertanya-tanya jugak ke mana aku pergi kan selama ni. Semestinya juga korang nak tahu kenapa aku ON kan balik suis blog P.U.D.U.R.A.Y.A ni. Oklah walaupun aku tahu takda sapa yang malu nak tanya, tapi biarlah aku terangkan jugak kat sini sebagai bahan rujukan semua bakal pembaca serta pengunjung blog P.U.D.U.R.A.Y.A ni kelak.
1) Untuk pengetahuan semua, dulu aku memang ada punyai (developed and maintained) beberapa buah blog menggunakan account Blogger ni. Gila blog jugaklah aku ni dulu, hehehe. Since the end of 2003, I've blogs comes with different genre and name. Ada berbagai nama dan jenama. Mostly written in English (even though my English is too bad...). Contentnya pulak pasal macam-macam. Walaupun tak sampai lah ke tahap selebriti bloggers tu at least adalah jugak followers and readers and also get quite great number of hits. Bangga dan puas hati jugaklah. Namun dalam hambatan masa dan kekeringan idea yang kerap sangat melanda, ada di antara blog tersebut akhirnya terbengkalai terus manyebabkan aku ambil keputusan untuk tidak lagi mengemaskinikannya hingga ke hari ini.
Selain tu jugak, alasan aku telah berpindah ke rumah baru, PC yang meragam sana sini dan aku telah bertukar tempat keje yang baru (haa bab ni akan aku tulis kemudian) serta connection internet di rumah yang sering bermasalah jugak antara penyebab membataskan aku berblog. Off course I'm still attached to this www dan cyber and blogging world. Aku masih lagi buat dan update website (dah tu memang antara bidang tugas aku) and still updating some of my blog especially with that hosted Wordpress account. Aku juga masih baca blog, beri comment dan jawab comment kat merata-rata blog walaupun takda ler seaktif dan seganazz dulu tu.
2) Sekarang pun dah tahun 2009. Kenapalah agaknya aku kembali berblog yea. Kenapa tak di OFF kan terus blog P.U.D.U.R.A.Y.A ni. Kenapa ambil masa sebegitu lama. Jawabnya mungkin kerana situasi telah kembali mengizinkan seperti ketika baru-baru aku kenal erti blog ni (off course not really 100% lah). Aku pun sekarang punya lebih banyak masa idea untuk merapu. Kah kah kah. Antara sebab lain menyebabkan aku naik nafsu dan teruja untuk menulis balik ialah setelah membaca beberapa buah blog yang baru berkembang biak. Banyak sangat dah, how merrier it is tak macam dulu tu.
Pada fikiran aku, kenapa mereka boleh berblog dengan baik dan konsisten mengapa tidak aku jugak.
Nah, kalau aku lepas ni masih juga nak beralasan (untuk tak mengemaskini blog ni), alamat pendek umur lah blog P.U.D.U.R.A.Y.A ni. ;)
Cuma aku akan cuba pastikan yang aku akan lebih committed and focused kali ini. Insya Allah, hangat-hangat chicken shit tu yang perlu aku kikiskan. Itulah commitment aku dan itu juga janji kepada diri aku sendiri. Aku kembali, yea aku kembali untuk memblog.
See yaa!