Saturday, January 14, 2006

First for FREE



Image: The Star



By Yip Yoke Teng

BUS users in Kuala Lumpur can now ride for free on Rapid KL City Shuttle that was launched at KL Sentral yesterday.

Commuters will only need to wait for five minutes for the shuttle buses that will run between five hubs – KL Sentral, Titiwangsa, Maluri, KLCC and Medan Pasar. (see map)

There are 15 City Shuttle routes serving major roads in the city centre.

Rapid KL will begin charging commuters using the City Shuttle on Monday. They will have to pay RM2 for a daily pass that allows them to hop on and off buses for the entire day.

Rapid KL’s monthly passes can also be used on the City Shuttle.

The City Shuttle is the first phase of a total revamp of Rapid KL’s bus network in the Klang Valley. Rapid KL chief executive officer Rein Westra said the buses would be equipped with an electronic tracking system that would help maintain their frequency.

He said commuters would be able to use Touch ‘n Go electronic stored value cards when using Rapid KL buses by the third quarter of the year - The Star.

Perjalanan tanpa had

Oleh Hatipah Ahmad

KHIDMAT bas perantara Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) yang mula dilancarkan semalam memberi penjimatan menarik kepada pengguna iaitu RM2 sehari bagi perjalanan yang tidak terhad.

Justeru orang ramai kini boleh menaiki bas perantara itu secara percuma di mana-mana 15 laluan RapidKL bermula semalam hingga Ahad ini, sempena promosi pelancarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Rein Westra, berkata khidmat bas perantara itu adalah sebahagian program fasa pertama syarikat dalam usahanya memperkenalkan lebih banyak laluan bas di beberapa kawasan menjelang suku ketiga 2005.

“Bagi fasa pertama pembangunan sistem ini, RapidKL akan menyediakan 160 bas dengan masa menunggu bas lima minit saja antara lima hab yang dipilih di Lembah Klang iaitu KL Sentral, Medan Pasar, Titiwangsa, KLCC dan Maluri.

“Kelima-lima hab berkenaan yang akan menjadi lokasi menurun dan membawa penumpang ke pusat bandar raya akan menampung keperluan di 15 laluan dan setiap satunya disambung antara satu sama lain menerusi khidmat bas perantara,” katanya selepas pelancaran khidmat bas perantara RapidKL di KL Sentral, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Westra berkata, selain khidmat bas perantara dan laluan baru, pihaknya memasang sistem Touch’ n Go di semua bas menjelang suku ketiga 2006 dan berbincang dengan KL Monorail bagi menyediakan kadar tambang menarik untuk mempromosikan sistem bas pada Mac ini.

Katanya, sistem itu tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana ia tidak akan membenarkan hab berkenaan dijadikan tempat bas berhenti kerana mereka mesti meneruskan perjalanan sebaik saja menurun atau mengambil penumpang - Harian Metro.

0 comments: