Sunday, February 05, 2006

Selamat Tahun Baru Lunar - Hijriah & Chinese New Year



Kuala Lumpur - Melaka RM 9.40



Melaka - Kuala Lumpur RM 8.80


Just nak share kisah bas yang aku naik untuk balik KL setelah bercuti sakan awal tahun ni. Aku ingat nak balik hari ni jer (Ahad) tapi memandangkan ada hal sikit (yang aku consider macam takda apa-apa pun), so terpaksalah juga aku menghadirkan diri kat office pada hari Jumaat yang mulia tu. Bak kat orang asal nampak muka sudahlah. Anyway lepas solat Jumaat aku dah siap-siap nak balik.

Oklah berbalik pada cerita bas, you all janganlah sesekali menilai sesebuah bas dari pandangan luarannya sahaja semata-mata. Bas Triton yang aku naik untuk pulang tempoh hari memang cantik, bersih dan air cond'nya jugak power. Tempat duduknya pun baru, ada yang 2 seater dan juga ada yang single seater. Kalau dilihat dari luar, pasti bas ni mampu memecut laju untuk membawa penumpang dengan selamatnya ke destinasi.

Tapi apakan daya, bas Triton yang nampak macam pengantin baru ni rupanya semput juga. Sampai saja di interchange Senawang yang selalunya jammed (syukurlah aku balik hari Khamis tu tak pulak jammed macam biasa)... bas hanya meluncur tanpa enjin berbunyi dan tiba-tiba berhenti di bahu jalan. Bas ada masalah, kata driver. Jam dah pukul 6.45 ptg. Dah tersadai.

Penumpang lelaki kebanyakannya dah turun dari bas, biasalah nak pi merokok la kut. Aku yang tak merokok ni take sometime jugak nak turun. Kalau aku turun pun, bukan aku dapat tolong apa-apapun kan. Selang beberapa lama, ada ler sekelompok mamat Indon yang naik dari Alor Gajah dah pun bertukar bas. Driver dah berjaya tahan satu bas (kalau tak silap aku bas Mesra Ekpress kut) untuk they all tumpang ke KL.

Ni tak boleh jadi ni... aku pun nak sampai KL awal jugak ni. Lastly aku turun jugak dari bas yang dah tersadai ni. Tapi, si driver nampaknya tak berjaya nak tahan even one bus untuk tumpangkan we all lps mamat-mamat Indon tu. Aku rasa bus Triton ni pun dulu ada rekod buruk dalam menumpangkan mangsa tersadai macam we all ni. Nasib tk baiklah.

Aku naik balik bus yang dah bergerak tu, baik layan tido balik. Tunggu kat bawah tu bukan boleh gerakkan bas ni balik. Aweks dalam bas dah mula sibuk layan SMS dan make a call maybe to family or sesapa yang menunggu (syukur jugak sebab sebelah aku takda sapa yang duduk, walaupun bas agak penuh haritu). Aku ni nak inform sapa pulak. Forget it. Eleh sedangkan flight delay kat air strip Sudan, aku tak risau apa pun. Inikan pulak bas tersadai, kat highway pulak tu... kat Senawang pulak tu bukannya kat Kathmandu atau kat tengah warzone di Iraq nu. Anyway, mungkin itu saja nak pujuk hati aku tu haa. Apa pasal aku pilih untuk naik bas Triton ni jugak.

Setelah lebih setengah jam baru bas ni boleh start balik dan meneruskan perjalanan. Itupun lepas, ada sorang mechanic company ni yang datang from nowhere. Ntah apa yang dia buat... ntah apa yang dia ketatkan, barulah bas ni boleh bergerak. So kami meneruskan perjalanan hampir nak pukul 7.35. Waktu yang sepatutnya ia dah sampai kat Puduraya.

Sampai kat Pudu hampir nak pukul 8.00 - Semua penumpang turun kecuali aku dan seorang mamat pakai baju merah yang turun kat stesen Central Market. Takda le aku kena menapak jauh kan. Sebelum turun, seperti biasa... terima kasih buat pemandu walaupun menyebabkan aku lambat sampat KL.

Lesson learnt, jangan harap body bas je cantik... tapi enjin dalam tak pernah overhaul. Ceewahhh, dalam maksudnya tu kan. So fikir-fikirkanlah. See yaa!

comments:

Anonymous said...
1:06 am
 

I recommend you put Babelfish or some other translator on your site. Your blog seems interesting, but I can't read it.